Thursday, July 13, 2006

gathering sifoo.com ---JOM ramai2 ke sana

Sifoo.com dengan tajaan dari Microsoft Malaysia akan mengadakan satu perjumpaan Sifoorian bagi mengadakan talk/product demo mengenai Microsoft Windows Vista dan Microsoft expression.

Tajuk: “Demo Produk: Microsoft Windows Vista & Expression Bersama Sifoo.com”.

Tempat : Auditorium Microsoft, Tingkat 29, Menara 2, KLCC, Kuala Lumpur
Tarikh : 29 Julai 2006
Hari : Sabtu
Masa : 1 ptg - 6 ptg
Pakaian : KEMAS (selipar dan seluar pendek TIDAK DIBENARKAN naik oleh pengurusan KLCC)

Aturcara majlis
1.30 ptg Ketibaan sifoorian
1.30 - 2.00 ptg Pendaftaran
2.00 - 3.00 ptg Pengenalan produk I: Microsoft Windows Vista (wakil Microsoft)
3.00 - 3.30 ptg Pra-Pengenalan kepada Pameran Seni
3.30 - 4.30 ptg Pengenalan produk II: Microsoft Expression (wakil Microsoft)
4.30 - 5.30 ptg Aktiviti ilmiah & light refreshment
5.30 - 6.00 ptg Review dari wakil Sifoo.com
6.00 ptg Acara tamat

Acara ini adalah PERCUMA(ditaja oleh microsoft) dan juga merangkap sebagai gathering sifoo.com. Makanan dan minuman (Pizza & Coke) juga disediakan. Kami mengalu-alukan penyertaan dari anda semua.

Untuk mendaftar sila hantar mesej peribadi(PM) kepada saya dan sertakan

Nickname :
Nama penuh :
No. IC :

Bagi yang telah memberi nama sebelum ini sila PM maklumat di atas kepada saya secepat mungkin dan juga untuk yang bawa kawan, sila sertakan sekali nama penuh dan no. ic mereka.

Nama penuh dan nombor kad pengenalan ini diperlukan oleh pihak pengurusan KLCC


Sila daftar sebelum 21 Julai 2006.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home